Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mengenai Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 04 Mar 2026 11.55 AM Dikemas kini: 23 Sep 2026 10.18 PM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/about-us
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 04:06 MYT

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 137,574 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.


ArtikelDiterbitkan 04 Mar 2026 11.55 AMDikemas kini 23 Sep 2026 10.18 PM